
Apabila kita batuk atau demam selesema, langkah paling mudah kita ambil ialah mengambil antibiotik dengan harapan cepat sembuh. Adakah kita tahu antibiotik tidak memberi kesan kepada virus?
Kerintangan antibiotik adalah satu keadaan di mana antibiotik yang digunakan untuk rawatan kepada manusia atau haiwan telah mengalami kerintangan (resistance) yang menyebabkan sesuatu antibiotik kurang keberkesanan untuk mengubati penyakit berjangkit. Di dalam sektor kesihatan manusia, penyakit berjangkit akan sukar diubati dan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain akan meningkat. Manakala, di dalam sektor haiwan, jika antibiotik tidak lagi berkesan, kebajikan dan kesejahteraan haiwan dari kesakitan tidak dapat diberi perhatian.
Masyarakat perlu mengetahui langkah-langkah pencegahan jangkitan seperti mengambil imunisasi serta menjaga kebersihan diri dan kebersihan makanan. Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendesak doktor untuk memberikan antibiotik kerana kebanyakan jangkitan pesakit luar seperti batuk dan selesema adalah disebabkan oleh virus, sedangkan antibiotik tidak mempunyai kesan terhadap virus. Jika pesakit sememangnya memerlukan rawatan antibiotik, ianya perlu diambil seperti yang dinasihatkan oleh pengamal kesihatan.
Antibiotik: Perlu ke?