8 Langkah Sihat Untuk Kawal Kencing Manis

  • Main
  • News

8 Langkah Sihat Untuk Kawal Kencing Manis

8 LANGKAH SIHAT UNTUK KAWAL KENCING MANIS

Anda pesakit kencing manis? Sukar sangat nak kawal bacaan gula dalam darah?

Jom kita buat secara sihat!

Ikuti 8 langkah penting ini:

1. Turunkan berat badan

Berat badan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi insulin dan menyebabkan sukar bagi tubuh untuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sesuai. Bagi mereka yang berlebihan berat badan, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Dapatkan bantuan doktor untuk menurunkan berat badan anda dan jika perlu berunding dengan pakar pemakanan atau dietition.

2. Amalkan Diet Seimbang

Makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan sumber lemak yang baik. Makanan yang harus dielakkan adalah manis-manis dan bergula.

3. Pastikan ambil sarapan pagi

Sarapan pagi dengan cukup dan makan malam sederhana boleh mengawal bacaan gula darah anda sepanjang hari. Dengan mengambil lebih banyak kalori semasa sarapan, dan sedikit kalori pada waktu makan malam, bacaan gula sepanjang hari dikurangkan dengan ketara.

4. Mengekalkan Jadual Makan yang sempurna

Tahap gula darah lebih baik dikawal jika jadual makan diatur dengan baik. Dengan mengamalkan jadual makan lebih kerap dalam kuantiti sedikit membantu menjaga kadar gula dalam tubuh.

5. Aktiviti Fizikal adalah satu kemestian untuk pesakit kencing manis

Latihan tetap diperlukan untuk mengekalkan kadar glukosa anda di bawah kawalan. Pergerakan otot menghasilkan penggunaan insulin. Tiga puluh minit berjalan kaki setiap hari akan mengurangkan risiko diabetes sebanyak satu pertiga.

6. Kawal stres dan tekanan hidup

Tekanan yang tidak terurus boleh menyebabkan tahap gula lebih sukar untuk dikawal. Cuba bertenang untuk mengatasi tekanan. Booster untuk menyerap tekanan hidup dan stress termasuk melakukan aktiviti sihat seperti yoga, tai chi,riadah, urut, dan muzik yang menenangkan. Kesemua ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa tidak mendapat tidur yang cukup boleh memperburuk diabetes jenis 2. Tidur kurang dari enam jam malam juga didapati boleh menyebabkan bacaan glukosa terjejas, keadaan yang sering menyebabkan diabetes jenis 2.

7. Periksa bacaan gula

Doktor mungkin akan menetapkan temujanji untuk menguji gula darah anda. Lakukan cek tambahan kepada di atas. Mungkin pada sarapan pagi, makan tengahari, dan sebagainya

8. Perhatikan juga nilai bacaan lain selain gula dalam darah

Bacaan gula dalam darah bukan satu-satunya nombor yang anda perlu perhatikan. Doktor juga sebenarnya memeriksa tekanan darah dan bacaan kolesterol anda. Bacaan ini akan memberitahu anda jika kesihatan anda berada pada nilai yang betul atau tidak. Hb A1c contohnya akan mengukur paras gula darah dari masa ke masa. Ini perlu diuji sekurang-kurangnya dua kali setahun. Tahap kolesterol, juga harus diuji dan lebih kerap jika anda menghadapi masalah dengannya. Tekanan darah dan berat badan, juga akan diperiksa setiap kali anda melawat doktor.